Wednesday, 8 July 2015

ASSAM 17 : ASSAM Little Adventure at Putrajaya : Kotak Menderma Sambil Beramal

Salam ukhwah buat semua....

Entri kali ini ASSAM nak kongsi cerita tentang kotak putih 
yang terdapat di perhentian bas yang terpilih 
di sekitar Putrajaya...
Tak silap ASSAM...kotak ini ada di Presint 8, Presint 17, Presint 18, dan berdekatan dengan Alamanda Mall....

ASSAM agak teruja pada mulanya apabila melihat kotak ini...
ASSAM ingatkan kotak pos dah bertukar warna dari merah ke putih...
Rupa-rupanya......Kotak Menderma Sambil Beramal....




Kotak ini menerima pakaian, kasut, beg tangan. tali pinggang, cadar dan mainan lembut.....
Yang paling bagusnya...hasil jualan barangan yang disebutkan di atas 
akan disalurkan kepada 3 agensi 'charity'....
Seingat ASSAM salah satu charity tersebut adalah 
Majlis Kanser Negara (MAKNA)

Lepas tahu jer kewujudan kotak putih ini...ASSAM laju-laju mengemas almari ASSAM dan mengasingkan pakaian yang ASSAM yang tak muat lagi untuk didermakan...
Alhamdulilah ini lah hasilnya....




Semoga dengan bantuan ASSAM yang tidak seberapa ini mampu meringankan beban mereka yang memerlukan....

Aminnn.....

Terima kasih kerana sudi luangkan masa baca :
ASSAM 18 : ASSAM Little Adventure at Putrajaya : Kotak Menderma Sambil Beramal

Waallahualam....


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen di ruangan ini....