Thursday 20 August 2015

ASSAM 42 : Tulisan Tangan Mencerminkan Peribadi Anda


Tekanan

i. Tekanan yang kuat 
 Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di
bahagian belakang kertas.
 Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.  
Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat  
 Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp  
Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak
memakai otak di sebelah kiri (otak logical)


 Kecondongan

i. Condong ke  kanan 

Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri

Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
 
 Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur

Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

 Kerapatan

i. Jarang-jarang

Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat

Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

 Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor

a) Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
 Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi 
Tahap aspirasi tinggi
 
ii. Rendah 
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
 
iii. Tengah-tengah 
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana 

Wednesday 19 August 2015

ASSAM 41 : Senarai Nama & Tandatangan GABENOR BANK NEGARA Sebelum Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

1. Tan Sri William Howard Wilcock (1959-1962)

Mungkin ramai yang tidak tahu Gabenor pertama BNM adalah orang Australia, Tan Sri William Howard Wilcock (WH Wilcock). Pada tahun 1958, WH Wilcock datang ke Malaya sebagai penasihat perbankan kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Beliau pada ketika itu adalah Penolong Gabenor Bank Komanwel Australia (Bank Pusat Australia).



Pada 26 Januari 1959, Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Rahman telah melantik beliau sebagai Gabenor pertama dan Pengerusi Lembaga Bank Pusat Malaya atau lebih dikenali sebagai "Bank Negara Tanah Melayu" untuk tempoh 2 tahun. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya menyambung kontrak beliau selama 6 bulan sebelum beliau bersara pada 25 Julai 1962.

Anda boleh membaca artikel penuh mengenai beliau di sini; William Howard Wilcock.


2. Tun Ismail Mohamed Ali (1962-1980)

Orang Malaysia pertama yang menjadi gabenor BNM adalah Tun Ismail Mohamed Ali. Tun Ismail dilahirkan pada 16 September 1918 di Pelabuhan Klang. Beliau adalah abang kepada isteri Mantan Perdana menteri Malaysia, Toh Puan Siti Hasmah Mohamed Ali. Tun Ismail berkahwin dengan Toh Puan Maimunah Abdul Latiff dan telah meninggal dunia pada 19 Julai 1998 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kuala Lumpur.






Pada tahun 1960 beliau dilantik sebagai Penolong Gabenor Bank Negara Tanah Melayu. Beliau mula menjawat jawatan Gabenor Bank Negara pada 26 Julai 1962 sehingga 26 Julai 1980. Semasa hayatnya beliau telah menetapkan tanda aras kepada nilai-nilai teras Bank Negara dengan menerapkan budaya akauntabiliti, profesionalisme, integriti dan perkhidmatan.

Anda boleh membaca artikel penuh mengenai beliau di sini; Ismail Mohamed Ali.


3. Tan Sri Abdul Aziz Taha (1980-1985)

Tan Sri Aziz Taha mula menyertai Bank Negara pada tahun 1969 sebagai Penolong Pengurus di Jabatan Pelaburan & Perakaunan. Beliau yang diketahui umum sebagai anak murid kepada Tun Ismail dilantik mengantikan mentornya pada 26 Julai 1980 dan meletakkan jawatan sebagai Gabenor BNM pada 4 Mac 1985, tempoh perjawatan beliau sepatutnya tamat pada Jun 1985. Beliau dikatakan meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan polisi kewangan & perbankan Menteri Kewangan pada ketika itu, Tun Daim Zainuddin. Bagi beliau, Objektif utama setiap bank pusat adalah untuk memastikan kestabilan ekonomi, sistem kewangan dan membantu dan menasihati kerajaan mengenai dasar kewangan dan fiskal yang kukuh.







4. Tan Sri Jaffar Hussein (1985-1994)

Sebaik Tan Sri Aziz melepaskan jawatan, kerajaan telah melantik Tan Sri Jaffar Hussien pada 7 Mac 1985. Beliau dilahirkan pada 11 Jun 1931 di Muar, Johor. Sebelum beliau dilantik sebagai Gabenor BNM, beliau adalah CEO Maybank. Ketika beliau mentadbir Bank Negara Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 telah digubal dan penyeliaan industri insurans telah dipindahkan daripada Kementerian Kewangan kepada Bank Negara pada Mei 1988. Beliau juga adalah salah seorang yang menubuhkan Suruhanjaya Sekuriti, National Mortgage Corporation Cagamas Bhd dan Rating Agency Malaysia Bhd.





Pada pendapat saya, beliau lebih terkenal sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang bertanggungjawab menyebabkan kerugian berbillion Ringgit Bank Negara didalam Pelaburan Forex. Pada tahun 1992, BNM telah rugi hampir RM10billion didalam perdagangan matawang Forex dan pada 31 Mac 1994, sekali lagi BNM mengumumkan kerugian sebanyak RM5.7billion didalam pelaburan forex pada tahun sebelumnya. Menteri kewangan pada ketika itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tan Sri Jaffar bertanggungjawab sepenuhnya dengan kerugian besar yang dialami oleh Bank Negara dan meletakkan jawatan pada 1 April 1994.

Anda boleh membaca artikel penuh mengenai beliau di sini; Jaffar bin Hussein.


5. Tan Sri Ahmad Mohd Don (1994-1998)

Tan Sri Ahmad Mohd Don menjadi gabenor kelima Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1 Mei 1994. Pada bulan Mei 1994, beliau telah dilantik sebagai Gabenor BNM untuk tempoh tiga tahun dan pada Mei 1997, beliau telah dilantik semula untuk tempoh tiga tahun. Ketika beliau mentadbir BNM, Asia dilanda serangan spekulasi mata wang.






Tan Sri Ahmad Mohd Don kerapkali diserang oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir kerana dasar kewangannya yang ketat. Tun Mahathir kemudiannya mengenakan kawalan modal, menambat Ringgit kepada Dollar US dan juga mengurangkan kadar faedah pinjaman. Ahmad Mohd Don dan timbalannya, Fong Weng Phak, telah meletakkan jawatan pada 1 September 1998 kerana dikatakan tidak bersetuju dengan dasar kerajaan tersebut.

Anda boleh membaca artikel penuh mengenai beliau di sini; Ahmad Mohd Don.


6. Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman (1998-2000)

Pada 7 September 1998, Tan Sri Ali Abul Hassan telah dilantik sebagai Gabenor keenam Bank Negara Malaysia (BNM). Dilahirkan di Pulau Pinang, Ali Abul Hassan berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri selama tujuh tahun sehingga 5 September 1998. Apabila beliau mengambil alih sebagai Gabenor BNM, Asia sedang mengalami krisis kewangan. Ringgit telah ditetapkan pada RM3.80 bagi setiap USD$1 pada September 1998. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, beliau mengamalkan dasar proaktif dan mesra perniagaan untuk memulihkan ekonomi. Fokus utama beliau adalah untuk meningkatkan ekonomi Malaysia dengan inisiatif khusus bagi merangsang pelaburan domestik dan asing.





Pada 29 Julai 1999, BNM mengumumkan program penggabungan bagi sektor perbankan domestik. Pelan asal pada ketika itu adalah untuk 55 institusi perbankan Malaysia bergabung ke dalam 6 bank utama. Keperluan untuk Bank tempatan bergabung menjadi penting apabila organisasi perdagangan dunia memberi tekanan kepada negara untuk membuka pasaran kewangan mereka kepada bank asing. Pada bulan Ogos 1999, penggabungan 6 bank utama di Malaysia bermula. Bank utama ialah Malayan Banking Bhd, Bank of Commerce (M) Bhd / Bank Bumiputra Malaysia Berhad, Public Bank Bhd, Southern Bank Bhd, Perwira Affin Bank Bhd dan Multi-Purpose Bank Berhad. Pada bulan Oktober 1999 Semua 58 institusi perbankan domestik, bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan telah menandatangani satu memorandum persefahaman berkenaan dengan program penggabungan. Beberapa bulan kemudian, BNM memansuhkan pelan tindakan tersebut dan membenarkan bank untuk memilih rakan-rakan mereka sendiri dalam penggabungan dijangka selesai pada Disember 2000.

Tan Sri Ali Abul bersara sebagai Gabenor BNM pada 1 Mei 2000 dan digantikan dengan Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Beliau telah meninggal dunia pada 25 Mac 2013 pukul 4.45 petang disebabkan oleh masalah jantung dan paru-paru di rumahnya di Kemansah Height, Taman Melawati dan dikuburkan di Tanah Perkuburan Islam Kemensah Height.

Read more: Malaysia Coin

Sunday 16 August 2015

ASSAM 40 : Throwback Persiapan Perkahwinan : Table Signage

Throwback Persiapan Perkahwinan lagi???
Terpulang lah hangpa nak cakap apa....
ASSAM nak kongsikan juga setiap persiapan yang ASSAM buat....
Kali ini...nak cerita pasal 'Table Signage' plak...



ASSAM buat sendiri tau....tak lah cantik mana...biarlah 'Simple but Nice'

Peralatan yang digunakan pun simple je seperti...

1. Kertas A4 putih
2. Printer Colour 
3. Stapler

Apa faedahnya buat Table Signage ni???

1. Untuk beritahu kepada tetamu yang datang bahawa meja yang diletakkan 'Table Signage'ini khas untuk tetamu pengantin

2. Keadaan lebih tersusun dan tetamu pihak lelaki / pihak perempuan yang datang tidaklah kelam kabut nak duduk kat mana

Terima kasih kerana sudi luangkan masa baca :

Waallahualam...


Saturday 15 August 2015

ASSAM 39 : Throwback Persiapan Perkahwinan : Bunga Rozet

ASSAM nak buat Throwback Persiapan Perkahwinan lagi....
Nak penuhkan Label 'MyWedding'
Kali ini nak kongsikan gambar-gambar 'Bunga Rozet' yang ASSAM buat sendiri
 untuk perkahwinan ASSAM 3 tahun lepas.......
Mana lah tahu...dengan hasil kerja yang tak seberapa ini...mampu beri idea pada bakal-bakal pengantin di luar sana....

Hasil D.I.Y Bunga Rozet ini....ASSAM buat khas untuk semua kendarat....
Just untuk suka...suka....
So...Kendarat leh pakai masa ngah buat gotong royong pada majlis tersebut....






Tapi jangan salah faham pulak taw....bukan takat 'Bunga Rozet' jerk ASSAM bagi...banyak lagi ASSAM peruntukan untuk mereka....nanti ada plak salah tafsir....iyerlah kan....gambar sahaja tak boleh nak bercerita kisah sebenar....
lagipun Kendarat adalah kumpulan yang banyak membantu ASSAM dan merupakan tulang belakang pada majlis ASSAM....tanpa hasil titik peluh mereka...majlis tak akan berjaya....
Terima kasih yang tidak terhingga pada Kumpulan Kendarat yang banyak berjasa pada majlis ASSAM 3 tahun lepas...Jasa kamu semua tak dapat ASSAM balas dengan kata-kata....
Terima kasih...terima kasih.....


Terima kasih kerana sudi luangkan masa baca :


Waallahualam...



Friday 14 August 2015

ASSAM 38 : 4 Punca Wanita Cepat Gemuk + Tua








1. Makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar-benar hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. 
Tapi kaum ibu, mereka terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. 
Jadi, wanita pun mudah jadi gemuk sebab tak sempat nak hadam makanan betul-betul.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. 
Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak.
 Sayang katanya…takut membazir.. 
Membazir tu kan amalan syaitan. 
Si suami pula dengan riaknya mengatakan “awak ni kuat makan betullah!”

3. Bila anak menangis tengah malam nak susu, bapanya akan tidur mati. 
Kalau dengar pun buat-buat tidur juga. Malas nak bangun. 
Wanitalah yang dalam satu malam, entah berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak. Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut-kedut pun mula timbul. Masa tu kalau guna Total Effect Anti Aging pun dah tak guna.

4. Wanita yang berkerjaya pulak, dahlah penat bekerja nak membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dia yang kena uruskan. 
Dengan perangai anak-anak, perangai bapak anak.. Nak itu, nak ini.
 Jadi, wanita pun membebel, marah-marah…
 Dan bila banyak marah dan banyak berleter, cepatlah pula menjadi tua walaupun marah kerana sayang.

Ada dua petua untuk kekalkan kecantikan; minum air banyak-banyak, dan TIDUR SECUKUPNYA. 

Terima kasih kerana sudi luangkan masa baca :
ASSAM 38 : 4 Punca Wanita Cepat Gemuk + Tua

Waallahualam....


Wednesday 12 August 2015

ASSAM 37 : PROMOSI HEBAT!!! Tiket Air Asia Serendah RM13....Promosi Sehingga 16 Ogos 2015



Selamat pagi semua....pada hari Rabu yang ceria ini
ASSAM nak kongsikan info terkini bagi mereka yang ada perancangan untuk pergi melancong...
Kini AIR ASIA ada membuat promosi harga tiket serendah RM13....
Apa lagi....marilah kita book laju-laju.....

Promosi Sehingga 16 Ogos 2015

Terima kasih kerana sudi luangkan masa baca :

Waallahualam....


ASSAM 36 : 8 Ciri - Ciri Anak Anda Stress





Susah tidur

Petunjuk awal kanak-kanak mengalami stres adalah mereka tergolong dalam kelompok anak yang sukar tidur. Waktu tidur yang tidak menentu, sering tidur lewat malam bahkan ada yang menjelang pagi, sentaisa resah dan jika tidur hanya seketika. Sepatutnya pada usia kanak-kanak, mereka perlu tidur seawal pukul 9 malam dan tidur lena yang berkualiti kerana ia penting untuk perkembangan yang sihat dan positif.

Terlalu aktif

Ada kanak-kanak tidak boleh duduk diam walau sekejap. Ada sahaja yang ingin dilakukan dan biasanya hal yang dilakukan berbahaya kepada dirinya dan sering membuatkan anda marah. Lebih teruk, kanak-kanak ini akan merosakkan barang yang dipegangnya.

Pemalu

Sikap pemalu berlebihan yang ditunjukkan oleh seorang kanak-kanak kemungkinan petanda dia mengalami stres. Anda patut berasa curiga sekiranya terlalu malu dan takut apabila berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

Suka mengamuk

Ada kalangan kanak-kanak yang mudah mengamuk dan meragam jika kemahuannya tidak dituruti. Sikap suka menggigit, menendang, memukal, menumbuk, menjerit tanpa sebab juga salah satu ciri anak stres. Kesabaran anda sangat diperlukan dalam menangani situasi ini. Kemarahan dan tengkingan dari anda hanya akan meningkatkan lagi stres si anak.

Cerewet makan

Terlalu cerewet dalam bab makan, bahkan hanya akan makan makanan kegemarannya sahaja dan enggan langsung makan makanan lain.

Kencing malam

Anak anda sudah besar tetapi kerap kencing malam di atas katil? Ini antara tanda-tanda anak stres dan kurang percaya pada diri sendiri. Dia berasa tidak tenang, Ia merasa tidak selesa dan kurang mendapat perhatian sehingga terbawa ke dalam tidur perasaan tersebut sehingga sukar mengendalikan rasa hendak buang air kecil.

Mudah menangis

Cengeng adalah gelaran yang diberikan kepada anak kecil yang kuat menangis. Kanak-kanak yang mudah menangis dan tangisannya sukar dihentikan seolah-olah satu tanda meluahkan perasaan kemungkinan juga mengalami stres.

Ketakutan

Kanak-kanak yang stres selalu mengalami ketakutan tanpa sebab. Dia seperti kehilangan rasa tenang sehingga memerlukan lebih perhatian daripada ibu dan ayah.


Terima kasih kerana sudi luangkan masa baca :

Waallahualam...


ASSAM 35 : Surat Mukhriz untuk Tun Dr Mahathir Mohamad Sempena Hari Bapa



KUALA LUMPUR, 21 Jun:

Sempena Hari Bapa hari ini Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir turut menulis sesuatu yang istimewa untuk bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Catatan yang mengimbau kenangan semasa kecil atas didikan bapanya yang tegas tetapi penyanyang itu berjaya menjadikan beliau seorang yang mempunyai jatidiri kuat dan ikut terjun dalam arena politik.

Catatan beliau mendapat lebih 11,500 like dan 3,271 perkongsian.

Berikut adalah catatan dan ucapan yang dimuat naik dalam Facebook beliau:

DAULAT SEORANG AYAH

Ha, when did you get back, Is?, tanya ayah walhal saya sudah hampir seminggu pulang dari MRSM Kota Bharu (kini MRSM Pengkalan Chepa) untuk cuti semester.

Sepanjang saya berada di rumah No. 3 Jalan Tunku, iaitu kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, ayah tidak banyak bercakap. Dia sekadar menjawab pertanyaan saya dengan sepatah dua perkataan sahaja. Entah kenapa, kali ini ayah tidak mesra berbual seperti selalunya.

Lima hari berlalu dengan keadaannya sama sahaja, ibu menghulurkan duit RM5 dan menyuruh saya pergi gunting rambut. Setelah pulang ke rumah dengan rambut pendek dan kemas, barulah dari belakang surat khabar ayah menyapa: “Ha, bila balik Is?”

Rupa-rupanya kepulangan saya dari maktab dengan rambut yang agak panjang dan kusut masai sangat tidak disenangi ayah. Tetapi, cara dia menunjukkan kemarahannya dengan tidak terus menegur saya, langsung tidak saya fahami.

Hal itu saya sedari hanyalah setelah ibu dengan tepat meneka tindakan yang boleh menjernihkan keadaan iaitu dengan saya memotong rambut.

Agaknya kerana terkejut dengan episod itulah pertumbuhan rambut saya terencat dan akibatnya semua orang dapat lihat sendiri!

DALAM TEGAS, KASIH MELIMPAH

Ayah seorang yang tegas dengan anak-anaknya tetapi ketegasan itu disirami kasih sayang yang sangat dalam.

Kalau ada apa-apa yang tidak kena dengan anak-anak, tugas memperbetulkannya jatuh di tangan ibu. Ayah akan tangani sendiri jika timbul hal-hal yang dianggap besar melibatkan anggota keluarga.

Sejak usia muda, kami adik beradik faham bahawa masa dan perhatian ayah lebih tertumpu kepada rakyat daripada keluarga. Itulah realitinya sampai hari ini. Oleh itu, hal-hal dalaman keluarga diselesaikan oleh ibu tanpa perlu mengganggu ayah.

Begitu berkesan cara ibu menguruskan hal-hal keluarga sehingga membolehkan ayah menumpukan masa dan tenaga kepada urusan negara. Dewasa ini saya dilihat mempunyai sifat penyabar. Sifat banyak bersabar itu tentunya saya warisi dari ibu.

Mujurlah Siti Hasmah berkahwin dengan Mahathir. Kalau orang lain, kemungkinannya lelaki pilihan Siti Hasmah itulah yang akhirnya menjadi Perdana Menteri!

HIJRAH

Ketika ibu melahirkan saya pada November 1964 itulah kali pertama ayah tidak berada di sisinya seperti ketika kelahiran kakak dan abang-abang saya.

Sewaktu saya teriak nyaring setelah punggung saya “ditampar” oleh jururawat – atau misi kata orang Kedah – di wad bersalin Hospital Besar Alor Star, ayah berada dalam kereta api menuju ke Kuala Lumpur untuk menghadiri hari pertama Sidang Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen Kota Star Selatan yang baru dimenanginya.

Semakan hansard Parlimen menunjukkan bahawa ayah tidak menyertai perbahasan Parlimen pada hari itu, mungkin kerana terlalu seronok mendapat anak baharu. Tetapi, beberapa hari selepas itu ayah mula bertikam lidah dengan seorang Ahli Parlimen dari Singapura yang tidak lain tidak bukan, Yang Berhormat Lee Kuan Yew.

Beliau menyampuk Ahli Parlimen dari Singapura itu sehingga dia berhenti berhujah dan duduk. Empat puluh empat tahun kemudian, dengan takdir, saya menjejaki beliau ke dewan yang sama sebagai Ahli Parlimen Jerlun.

Sudah menjadi pengetahuan umum yang datuk saya, Master Mohamad Ali, merupakan seorang pendidik yang sangat mengutamakan penguasaan bahasa Inggeris. Dia mahu membuktikan kepada penjajah Inggeris bahawa orang Melayu juga mampu bertutur dengan penuh intelek dalam bahasa Inggeris.

Mungkin kerana itu juga ayah menghantar saya ke tadika Gereja Methodist di Alor Setar. Pada zaman itu tidak ada tadika atau taska seperti yang ada sekarang selain yang dikendalikan oleh gereja-gereja.

Seingat saya, kanak-kanak yang menghadiri tadika itu riang bermain sambil diajar subjek-subjek ringan sesuai dengan usia mereka.

Setelah melihat bagaimana paderi Kristian berdoa sebelum makan dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan, saya tanya kepada ayah kenapa kita menadah tangan ketika berdoa di rumah. Ayah menjelaskan perbezaan itu dan menyuruh saya berdoa secara Islam sebelum makan di tadika.

Oleh kerana Sekolah Iskandar di Alor Setar diasaskan oleh datuk saya, maka tentulah ayah menghantar semua anak lelakinya ke sekolah itu yang terletak di belakang Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH).

Saya hanya sempat di situ hingga darjah empat kerana pada tahun 1974, Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein melantik ayah Menteri Pelajaran.

Kami terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur dan saya tidak berkesempatan melanjutkan pelajaran ke KSAH yang tersohor itu.

Saya masih ingat betapa gembiranya kami setiap kali menaiki kereta api, termasuklah apabila kami berpindah ke Kuala Lumpur. Kami menaikinya di Stesen Butterworth untuk perjalanan terus ke ibu negara.

Sebagai hiburan dan mengisi masa, setiap seorang daripada kami dibelikan komik – saya mendapat Beano dan Dandy – dua komik Inggeris yang amat popular waktu itu. Abang-abang saya pula memilih komik Combat.

Bilik-bilik tidur dalam gerabak mempunyai dua katil bertingkat. Kami berebut-rebut untuk dibenarkan tidur di katil atas. Sinki tersorok dalam almari. Walaupun seronok dapat komik baru, tidak sampai setengah jam kami semua tertidur dibuai ayunan gerabak dan bunyi enjin kereta api.

Celik-celik mata sudah sampai di Stesen Besar Kuala Lumpur. Kini kalau tidak mahu memakan masa tidak lebih 4 jam untuk ke ibu negara melalui lebuhraya, kita boleh terbang terus dari Alor Setar ke Subang atau KLIA.

Ayah menyewa rumah di Seksyen 16, Petaling Jaya. Saya masuk darjah lima di Sekolah Sri Petaling. Pada mulanya saya berasa terasing daripada pelajar lain kerana loghat Kuala Lumpur yang mereka gunakan sehinggalah berjumpa murid-murid berasal dari Perlis yang sama loghat dengan saya. Mereka dan beberapa orang lagi dari Selangor menjadi rakan karib saya hingga ke hari ini.

MRSM DAN JEPUN

Walaupun ayah saya Menteri Pelajaran, dia tidak menghantar kami ke sekolah menengah kerajaan. Sebaliknya dia menghantar saya dan abang saya, Mokhzani, ke sekolah asrama penuh kelolaan MARA iaitu Maktab Rendah Sains MARA di Pengkalan Chepa, Kelantan. Suasana di Kelantan tidak banyak beza daripada Kedah, kecuali loghat bahasa, tetapi amat berlainan sekali berbanding dengan Petaling Jaya.

Saya mengambil masa yang lama membiasakan diri berjauhan dengan keluarga dan berasa tidak selesa berada dalam persekitaran yang cukup asing. Itulah perasaan saya pada tahun pertama di Kota Bharu.

Ayah berpesan kepada pengetua maktab supaya tegas dengan saya dan melayan saya seperti dia melayan pelajar-pelajar lain. “Kalau terpaksa tibai pun, silakan”. Dan memang pun saya dirotan kerana ditangkap merokok sewaktu dalam tingkatan lima!

MRSM, termasuklah dirotan, mengajar saya disiplin, berdikari, bergaul, berasa empati dengan taraf kehidupan yang berbeza-beza di kalangan pelajar dan menghormati serta menghargai pengorbanan guru.

MRSM memberi banyak ruang kepada pelajar untuk membuat keputusan sendiri tetapi disiplin amat dititikberatkan. Saya percaya, lima tahun di MRSM pada usia yang sangat penting dalam pembentukan watak seseorang, memberi kesan yang berkekalan kepada saya. Agaknya itulah matlamat ayah apabila membuat keputusan menghantar saya ke MRSM.

Keputusan beliau selanjutnya turut memberi kesan besar kepada perwatakan saya. Ketika ramai rakan MRSM melanjutkan pelajaran ke negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia, saya menjadi “haiwan makmal” Dasar Pandang Ke Timur beliau. Saya dihantar melanjutkan pelajaran ke Jepun.

Kalau di Kelantan saya mengalami permulaan yang sukar, di Tokyo lagilah. Bukan setakat bahasanya yang langsung tidak saya fahami, tetapi budayanya juga jauh berbeza walaupun banyak ciri-ciri Timur. Makan dan minum susah. Tidak cukup dengan itu, saya disuruh bekerja sambil belajar supaya dapat menampung yuran universiti dan meringankan kewangan keluarga.

Saya dihantar bekerja sambilan di ibu pejabat Bank of Tokyo Limited di Nihombashi, Tokyo. Serentak saya mempelajari bahasa Jepun sehinggalah saya memasuki Universiti Sophia di Ichigaya, Tokyo.

Ayah sangat kagum dengan budaya orang Jepun dan mengimpikan agar orang Melayu dapat menerap nilai-nilai baik daripada budaya Jepun. Kerap saya dengar hujah bahawa negara Jepun mencerminkan ciri-ciri Islam tulen walaupun ia bukan negara Islam. Ciri dan nilai yang dipegang oleh masyarakat Jepun ini sangat bertepatan dengan ajaran Islam seperti kegigihan dan ketekunan bekerja, sentiasa memikirkan kepentingan umum mengatasi kepentingan diri, menepati masa dan menjaga kebersihan.

Mereka setia dan komited kepada organisasi atau syarikat. Mereka mengamalkan semangat juang yang tinggi. Kesemuanya nilai-nilai murni yang ayah anggap sebagai ramuan wajib bagi menjayakan segala-gala yang kita cita-citakan untuk Malaysia.

Mungkin di peringkat awal di sana, saya tidak memahami tujuan yang tersirat apabila ayah menghantar saya ke Jepun. Namun, lama kelamaan saya makin menghayati manfaat yang saya perolehi selama lima tahun di negara matahari terbit itu. Sampai hari ini saya masih kagum dengan sikap orang Jepun dan berusaha agar rakyat Kedah mencontohi mereka.

Antara sikap orang Jepun yang patut diteladani ialah jujur dan amanah. Apabila berlakunya gempa bumi besar di Tohoku, Jepun, disusuli pula oleh tsunami besar yang meranapkan bangunan dan memusnahkan harta benda, tiada langsung kejadian curi (looting) seperti yang kerap berlaku di negara-negara lain yang ditimpa musibah seperti itu. Malah sifat kemanusiaan mereka menjadi lebih terserlah ketika berlaku tragedi.

Bukan setakat itu saja, wang tunai Yen Jepun yang bernilai lebih RM273 juta, termasuk dari bank-bank yang ranap, dikutip oleh orang ramai dan dipulangkan kepada pemiliknya. Adakah kita, khususnya orang Islam, dapat melakukan hal yang sama dalam keadaan seperti itu?

Dalam kejuaraan bola sepak terbesar dunia World Cup 2014 di Brazil, seperti dijangkakan pasukan Jepun kalah kepada Ivory Coast, seri dengan Greece dan tewas sekali lagi kepada Colombia. Namun, tidak seorang pun penonton bola yang tidak mengagumi dan menghormati Jepun.

Apa rahsianya? Selepas setiap permainan, penyokong-penyokong Jepun mengutip sampah dalam stadium dan membuangkannya di tempat yang dikhaskan. Jepun kalah dalam pertandingan bola tetapi mereka dikagumi kerana budaya mulia yang mereka amalkan. Adakah kita mampu mencontohi mereka?

Sungguh tepat sekali keputusan ayah menghantar saya ke Jepun kerana di situ saya belajar tentang nilai dan jati diri satu bangsa kecil tetapi bercita-cita besar.

POLITIK DAN KONFLIK KEPENTINGAN

Umum juga mengetahui bahawa ayah tidak membenarkan kaum keluarganya terlibat dalam politik atau kerajaan sewaktu beliau memimpin UMNO dan negara.

Bila ditanya dalam satu forum apa maksud larangan itu, ayah berkata tujuannya ialah untuk mengelak daripada timbul situasi di mana beliau terpaksa memilih antara rakyat dengan keluarga. Dalam keadaan sedemikian, tentunya ayah akan memihak kepada rakyat jelata. Jadi di mana hendak diletak kepentingan keluarga?

Justeru, saya terpaksa menunggu hingga ayah bersara sebelum menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam Pergerakan Pemuda UMNO pada tahun 2004.

Bila saya memaklumkan kepada beliau mengenai keinginan saya bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu, bahagian UMNO yang beliau sendiri terajui selama 35 tahun, jawabnya ringkas, “Hmmm…kalah.”

Saya terkedu, tidak sekali-kali menduga itu respons ayah terhadap cita-cita saya. Sekurang-kurang ayah boleh mendorong saya untuk mencuba nasib memandangkan beliau sudah pun bersara dan saya tidak lagi terhalang dengan ketegahannya. Sebaliknya respons ayah begitu mengejut dan mengecewakan. Tetapi tepat sekali ramalan ayah, saya kalah sembilan undi.

Dari situ saya belajar mengenai politik. Hakikat bahawa saya anak bekas Presiden yang menerajui parti selama 22 tahun tidak menjamin perjalanan politik saya akan menjadi mudah – kononnya laluan sudah dibuka orang tua saya.

Bagaimanapun, saya belajar mengenai hikmat di sebalik setiap kejadian yang saya lalui. Kekalahan di bahagian ayah saya sendiri menarik perhatian ramai terhadap usaha saya untuk bergiat aktif dalam UMNO.

Saya menang sebagai ahli majlis kerja (Exco) Pemuda dengan undi tertinggi. Sejak itu, saya tidak pernah rasa terlalu kecewa dengan keadaan yang sepatutnya mengecewakan. Saya yakin Allah SWT tentunya mempunyai perancangan yang lebih baik untuk kita.

Saya juga faham tujuan ayah yang seakan-akan tidak menggalakkan saya bergiat dalam arena politik. Memahami betapa politik itu dipenuhi onak dan duri, beliau mahu saya tidak ambil mudah dan dia mahu saya berpijak di bumi nyata, tabah dan tidak mudah kecewa.

INTEGRITI

Antara perkara yang pertama saya lakukan setelah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah adalah menandatangani ikrar integriti. Saya mengumumkan pendirian saya tidak membenarkan kaum keluarga saya terlibat dalam sebarang perniagaan yang melibatkan Kerajaan Negeri Kedah.

Dua tiga hari kemudian, saya berjumpa dengan ayah. Beliau mengulas: “Jadi saya pun tak boleh berniaga di Kedah lah.”

Saya jawab: “Boleh.”

Ayah membalas: “Macam mana boleh, kalau Is dah umum macam tu?”

Saya jawab: “Kena tunggu Is berhenti dulu lah.”

“Bila nak berhenti?” tanya ayah.

“Dua puluh dua tahun lagi!” jawab saya berseloroh.

“Hai, macam balas dendam saja,” kata ayah dalam ketawa.

“Dah ayah ajar macam tu,” balas saya.

SELAMAT HARI BAPA DAN SELAMAT HARI JADI

Sempena Hari Bapa ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Bapa kepada ayah saya. Juga ucapan Selamat Hari Jadi ke 90 pada 10hb Julai ini.

[Untuk rekod 20hb Disember 1924 tercatat sebagai tarikh lahir rasmi ayah. Tetapi tarikh sebenar ialah 10hb Julai 1925. Kalau meraikan kedua-dua tarikh tersebut, maka usia ayah sepatutnya akan mencecah 180 tahun Julai ini!]


Terima kasih atas segala bimbingan dan didikan yang diberikan kepada saya secara langsung, dan lebih banyak lagi secara tidak langsung. Yang saya mohon ialah ayah terus mendoakan kami yang mewarisi negara ini dari orang sebelum kami.

Doakan agar Allah SWT terus memberi petunjuk dan hidayah kepada kami semua, supaya apa yang dicita-citakan oleh ayah dan ayah-ayah kita semua menjadi kenyataan, insyaAllah.

Selagi hayat dikandung badan, teruslah menegur kami agar kami tidak terpesong daripada landasan yang betul. Walaupun kami sudah dewasa, namun kebijaksanaan ayah dan orang-orang terdahulu masih kami perlukan. Supaya destinasi yang dituju terus didorong oleh momentum dan hala tuju yang diusahakan oleh pejuang-pejuang terdahulu.

Mudah-mudahan Hari Bapa tahun ini, dan ulang tahun kelahiran yang ke-90 bulan depan akan mengukuhkan lagi rasa hormat kami kepada ayah yang telah bersengkang mata berjuang demi agama, bangsa dan tanah air.

Mukhriz Mahathir

21hb Jun, 2015

Tuesday 11 August 2015

ASSAM 34 : Blighted Ovum @ Kehamilan Kosong???



Apakah itu Blighted Ovum ???

Blighted ovum juga dikenal sebagai kehamilan tanpa embrio. 
( Pada saat terjadi pembuahan, sel-sel tetap membentuk kantung ketuban, plasenta, namun telur yang telah dibuahi (konsepsi) tidak berkembang menjadi sebuah embrio )
Pada kondisi blighted ovum kantung kehamilan akan terus berkembang, layaknya kehamilan biasa, namun sel telur yang telah dibuahi gagal untuk berkembang secara sempurna. 
Maka pada ibu hamil yang mengalami blighted ovum, akan merasakan bahwa kehamilan yang dijalaninya biasa-biasa saja, seperti tidak terjadi sesuatu, karena memang kantung kehamilan berkembang seperti biasa.

Bagaimanakah Blighted Ovum boleh dikenalpasti ???
  
 Gejala blighted ovum dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan USG 
 atau hingga adanya perdarahan layaknya mengalami gejala keguguran mengancam (abortus iminens) 
kerana tubuh berusaha mengeluarkan konsepsi yang tidak normal.

Bilakah Blighted Ovum biasa berlaku ???

Blighted ovum terjadi pada saat awal-awal kehamilan.

Apakah penyebab Blighted Ovum ???

Penyebab dari blighted ovum sampai saat ini belum diketahui secara pasti, 
namun di duga karena adanya kelainan kromosom, kelainan genetik, atau sel telur dengan kondisi kurang baik di buahi oleh sperma normal atau sebaliknya.

Apakah yang akan dilakukan setelah Blighted Ovum dikenalpasti ???

Setelah kehamilan blighted ovum dikenalpasti tiada jalan lain kecuali mengeluarkan hasil konsepsi dari dalam rahim. 
Caranya adalah dengan melakukan D&C


 Adakah Blighted Ovum menghalang untuk hamil lagi ???

Blighted ovum tidak berpegaruh terhadap rahim ibu atau terhadap masalah kesuburan. 
Seseorang yang pernah mengalami blighted ovum dapat kembali hamil normal. 
Namun jika ibu mengalami blighted ovum berulang, 
baiknya dilakukan pemeriksaan yang intensif, kerana dikhuatiri adanya kelainan kromosom yang menetap pada diri ibu atau suami. 

Terima kasih kerana sudi luangkan masa baca :


Waallahualam...


ASSAM 33 : 5 Tip Anak Bijak







Semua orang mahukan anak yang bijak, cerdas dan pintar. Tetapi berapa ramai kita yang bergelar ibu bapa ini benar-benar membantu anak untuk membesar sebagai anak yang bijak? Kalau asyik sibuk melayan ‘hand phone’ dan membiarkan anak mengadap cerita kartun di televisyen atau tablet sahaja macam mana kita hendak melihat anak membesar sihat dan cerdas.

Berikut adalah lima tip mudah yang boleh diamalkan sejak anak anda usia bayi lagi. Jangan ingat bayi kecil tidak faham apa-apa. Bahkan mereka sudah mula belajar sejak hari pertama lahir ke dunia lagi. Apa yang penting, papa dan mama perlu rajin mengamalkannya.

1. Rajin berbual dengan bayi

“Berbual dengan bayi? Apalah yang dia faham.” Tentu itu tanggapan sesetengah daripada anda. Betul tak? Hakikatnya jika anda rajin berbual dengan bayi, ia membantu anak anda membina kemahiran pertuturan dengan lebih pantas. Bukankah memori bayi seperti sebuah span. Menyerap apa sahaja dengan pantas dalam enam tahun pertama kehidupannya. Bila tiba masanya, bayi anda akan cepat bercakap hasil daripada kerajinan anda berbual dengannya.

2. Membaca buku

Rutin membaca buku boleh dimulakan sejak bayi lagi. Walaupun dia tidak faham tetapi bayi akan menunjukkan tindak balas teruja apabila melihat buku dan mendengar anda membacakannya buku. Buku yang penuh dengan warna warni dan pelbagai lukisan membantu merangsang kemahiran koordinasi mata dan telinganya.

3. Mengenalkan alam

Ini merupakan pelajaran asas sebuah kehidupan. Sesekali bawa bayi anda keluar bersiar-siar dan kenalkan dia kepada alam sekitar. Dengan memberitahunya tentang pokok, bunga, haiwan, awan, bulan, matahari dan sebagainya, anak belajar banyak perkara baharu.

4. Mari bermain warna

Kita sedia maklum, bayi sangat teruja melihat objek berwarna. Oleh itu apabila sudah tiba waktu yang sesuai, anda boleh mengajarnya mengenal warna. Tidak semestinya perlu menggunakan alat tulis berwarna, cukup dengan pelbagai objek di sekeliling anda. Sesekali tidak salah membiarkan si kecil berseronok bermain dengan pensil warna.

5. Ajar mengira

Kalau mahu anak bijak matematik, apa kata mulakan ajar mengira sejak mereka kecil lagi. Jangan risau, bukan perlu menggunakan pensil dan kertas. Cara paling mudah, sambil anda mendukung bayi, ajarnya mengira 1 hingga 10 setiap kali anda bergurau senda, menciumnya atau sambil berjalan naik tangga. Secara tak langsung anda telah memupuk semangat sukakan nombor sejak dia kecil lagi. 

Sumber : PA & MA


Terima kasih kerana sudi luangkan masa baca :


Waallahualam....


Monday 10 August 2015

Segmen 12 Jam Bloglist #16 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 10 Ogos 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #16 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

ASSAM 32 : Lirik Lagu : Devotees : KEKASIH


Kekasih
Album : Devotees
Munsyid : Devotees

 Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu

Lagu: Arredza, Lirik: Arredza


Thursday 6 August 2015

ASSAM 31 : Penggemar Kopi...!!! Mari Cuba 6 Bahan Rahsia Untuk Rasa Kopi Yang Best!


Hello...hello....
Siapa di sini penggemar kopi....
Mari angkat tangan ramai-ramai...

Hari yang penuh barakah ini...
ASSAM nak kongsikan artikel :
Rugi taw tak try....


Antara 6 Bahan Rahsia ialah :

1. Kopi + KAYU MANIS 
2.  Kopi + MADU 
3. Kopi + LEMON 
4. Kopi + COKLAT 
5. Kopi + PUDINA 
6. Kopi + DAUN PANDAN

Pernah tak cuba tambahkan 6 bahan ini dalam kopi anda? Memang menarik!

Terima kasih kerana sudi luangkan masa baca :

Tuesday 4 August 2015

ASSAM 30 : Pengalaman Buat Ujian Pap Smear


Pengalaman Buat Ujian Pap Smear....????

Cerita Sebelum Rawatan Pap Smear

Bagi ASSAM inilah pengalaman pertama ASSAM serah diri buat rawatan....
Kalau nak diikutkan ASSAM hundred persen tak nak buat...
Tapi...bila fikir berkali-kali demi kesihatan ASSAM....
tambah pula dapat dorongan daripada MyLovelyHusband....
ASSAM bulatkan hati...Tawakal dan berserah pada ALLAH....

Cerita Semasa Rawatan Pap Smear 

ASSAM pergi buat rawatan  pada 02 Jun 2015 jam 2.30 petang @ Klinik Kesihatan...
Pergi alone....tanpa teman....time tue kuat semangat ASSAM....fikir positif jerk....

Tapi perasaan bergetar kepala lutut kaki mula start bila melangkah ke Bilik 4 a.k.a Bilik Rawatan...
 Masuk-masuk jer bilik tue...staff nurse minta ASSAM duduk....
Pastu dia tanya ASSAM dah ada anak ke belum...Bila last bersalin.....plus macam - macam laaa....tapi itu je soalan yang ASSAM ingat.....

Kemudian nurse minta ASSAM baring atas katil posisi bersalin...
dan rawatan pun bermula.......
Tergamam ASSAM sekejap...bila nampak alat yang macam mulut itik...
Nurse pesan tarik nafas...
Tak sampai 5 minit....dah siap....
Siap sapa nurse lagi....Aikk...kejap je..

 Cerita Selepas Rawatan Pap Smear 

ASSAM dapat panggilan telefon dari Klinik Kesihatan pada 31 Julai 2015 jam 9.00 pagi hari Jumaat....
Waktu tue....hilang semua mood ASSAM nak beraya....kebetulan hari yang sama tempat kerja ASSAM buat rumah terbuka besar-besaran...

Nurse yang telefon ASSAM beritahu yang result Ujian Pap Smear ASSAM dah keluar...
Result agak mendukacitakan....
Nurse minta ASSAM datang Klinik dan berjumpa doktor sebaiknya pada hari tersebut juga....
Waktu tu...ASSAM nak nangis....nak jerit jer....macam-macam ASSAM fikir...semua negatif...
Tapi atas nasihat rakan-rakan sepejabat...ASSAM kuatkan semangat pergi ke klinik untuk ambil keputusan ujian tersebut dan berjumpa doktor...

Sampai di Klinik petang hari yang sama....ASSAM ambil result...dan lihat apa yang ditulis pada slip tersebut....
Memang tak faham apa yang ditulis...So bila berpeluang jumpa doktor....macam - macam lah ASSAM tanya...So...doktor pun terangkan satu persatu....

Yang ASSAM faham....ASSAM bebas dari tanda-tanda Kanser Serviks....
Alhamdulilah...lega rasa hati....

Cuma hasil dari ujian terjumpa ada sedikit keputihan....atau lebih dikenali sebagai Vagina candidiasis. Vagina candidiasis ni actually disebabkan oleh kulat candida. Biasanya kulat candida akan mula membiak dalam vagina sewaktu vagina lembap selepas cervik mucus dirembeskan sewaktu hamil dan selepas waktu ovulasi. Rupa vagina candidiasis lebih kurang seperti susu basi dan kegatalannya, masya-Allah, memang susah nak kata. Kulit sekitar vagina akan jadi keras dan kasar bila infected by candida. 
So...doktor bagi ASSAM ubat 'insert' sebagai antibiotik....
dan perlu berjumpa doktor untuk buat repeat Pap Smear 6 bulan lagi....

Rupa ubat tu macam kat gambar bawah...
Bukan untuk dimakan...tapi untuk dimasukkan ke dalam vagina...
Huhuhuhu...seriau dibuatnya....




Terima kasih kerana sudi luangkan masa baca :

Waallahualam...

ASSAM 29 : PAP SMEAR



Apakah itu PAP SMEAR???
 
Pap smear test ni ialah pemeriksaan pangkal rahim untuk mengesan sebarang sel abnormal yang ada di serviks,samada jangkitan fungus atau yang penting sekali ialah untuk mengesan sel kanser. 




Bilakah masa yang sesuai untuk buat  PAP SMEAR???

 Wanita yang sudah berkahwin memang digalakkan untuk buat test ni sekurang kurangnya 3 tahun sekali. 
(Tapi pap smear ni untuk yang dah berkahwin je boleh buat) 

Anak dara pula boleh ambil suntikan vaksin Human Papilloma Virus (HPV)....


Apakah tujuan PAP SMEAR???
 
Untuk mengesan sel kanser memandangkan Kanser Serviks adalah pembunuh kedua bagi wanita selepas Kanser Payudara


Terima kasih kerana sudi luangkan masa baca : 
ASSAM 29 : PAP SMEAR


Waallahualam....


Monday 3 August 2015

ASSAM 28 : Apakah Maksud Tersirat Warna Penyepit Kod ROTI GARDENIA???



Tahukah anda ???
Apakah maksud setiap warna yang terdapat pada Penyepit Kod Roti Gardenia ????

Selama ini ASSAM hanya lihat tarikh luput sahaja....
Tak terfikir pun apa maksud warna-warna tersebut....
Rupa-rupanya... 
setiap warna tersebut menandakan hari roti tersebut dihasilkan....

Isnin - Blue (B)
Selasa - Green (G)
Khamis - Red (R)
Jumaat - White (W)
Sabtu - Yellow (Y)



So....lepas ini...sambil tengok tarikh luput.....jangan lupa tengok warna pada penyepit kod juga....
sebabnya sekiranya kita membeli roti gardenia dengan kod berwarna Biru pada hari Isnin,
Ini bermakna kita telah membeli roti yang telah dihasilkan hampir seminggu.

Terima kasih kerana sudi luangkan masa baca :
ASSAM 28 : Apakah Maksud Tersirat Warna Penyepit Kod ROTI GARDENIA???

Waallahualam....