Wednesday 12 August 2015

ASSAM 36 : 8 Ciri - Ciri Anak Anda Stress





Susah tidur

Petunjuk awal kanak-kanak mengalami stres adalah mereka tergolong dalam kelompok anak yang sukar tidur. Waktu tidur yang tidak menentu, sering tidur lewat malam bahkan ada yang menjelang pagi, sentaisa resah dan jika tidur hanya seketika. Sepatutnya pada usia kanak-kanak, mereka perlu tidur seawal pukul 9 malam dan tidur lena yang berkualiti kerana ia penting untuk perkembangan yang sihat dan positif.

Terlalu aktif

Ada kanak-kanak tidak boleh duduk diam walau sekejap. Ada sahaja yang ingin dilakukan dan biasanya hal yang dilakukan berbahaya kepada dirinya dan sering membuatkan anda marah. Lebih teruk, kanak-kanak ini akan merosakkan barang yang dipegangnya.

Pemalu

Sikap pemalu berlebihan yang ditunjukkan oleh seorang kanak-kanak kemungkinan petanda dia mengalami stres. Anda patut berasa curiga sekiranya terlalu malu dan takut apabila berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

Suka mengamuk

Ada kalangan kanak-kanak yang mudah mengamuk dan meragam jika kemahuannya tidak dituruti. Sikap suka menggigit, menendang, memukal, menumbuk, menjerit tanpa sebab juga salah satu ciri anak stres. Kesabaran anda sangat diperlukan dalam menangani situasi ini. Kemarahan dan tengkingan dari anda hanya akan meningkatkan lagi stres si anak.

Cerewet makan

Terlalu cerewet dalam bab makan, bahkan hanya akan makan makanan kegemarannya sahaja dan enggan langsung makan makanan lain.

Kencing malam

Anak anda sudah besar tetapi kerap kencing malam di atas katil? Ini antara tanda-tanda anak stres dan kurang percaya pada diri sendiri. Dia berasa tidak tenang, Ia merasa tidak selesa dan kurang mendapat perhatian sehingga terbawa ke dalam tidur perasaan tersebut sehingga sukar mengendalikan rasa hendak buang air kecil.

Mudah menangis

Cengeng adalah gelaran yang diberikan kepada anak kecil yang kuat menangis. Kanak-kanak yang mudah menangis dan tangisannya sukar dihentikan seolah-olah satu tanda meluahkan perasaan kemungkinan juga mengalami stres.

Ketakutan

Kanak-kanak yang stres selalu mengalami ketakutan tanpa sebab. Dia seperti kehilangan rasa tenang sehingga memerlukan lebih perhatian daripada ibu dan ayah.


Terima kasih kerana sudi luangkan masa baca :

Waallahualam...


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen di ruangan ini....