Saturday 24 October 2015

ASSAM 80 : Tanda-Tanda Bayi Anda Sayangkan Anda


  
1. Bayi akan memandang tepat pada mata anda

Memang comel aje. Dia akan tengok macam-macam benda tapi paling dia suka adalah muka kita. Sebab ade instinct gituh. Dia tau dan dia dapat rasakan hangatnya kasih sayang dan itu juga cara dia nk dapatkan attention kita.

2. Bayi kenal bau anda

Pernah tak masuk bilik time baby dah tido, tetiba dia terjaga wpon kita dah berjenket-jengket jalan takut berbunyi? Haaa...sebab dia dapat bau lah! Seawal usia satu minggu pun dia akan prefer kt bau susu mak nye dan bagi dia itulah bau paling sedap dalam dunia

3. Senyum pada anda

Itu tanda dia nak kata dia SAYANG gila kat kita. Dia senyum straight. Memang magical moment lah bila senyum tuh.

4. 'Bercakap' dengan anda

Mmg la tak keluar perkataan tapi riuh habis la mulutnya. patutnya kita kene happy sebab itu cara dia nk communicate dan cakap yang kita ni penting bagi dia. Jadi kalau dia dok coo coo tuh, kita layan la. Buat macam sembang dengan orang dewasa or budak-budak dah besar. Dia akan paham!

5. Sentiasa nak kita di sisinya

Tak kira la apa jugak kita buat, dia nak kita ade dengan dia. Melipat baju ke, sidai baju ke, vacuum umah ke, mesti nak nampak kelibat maknya tu ade. Ade sesetengah babuy lg nk ngempeng aje. Tkmo lekang lansung. Sebab dia dh sayang sangat dan ada rasa sense of belonging dan attached.

6. Berkongsi minat yg sama

Ape yang kita buat dia akan tengok dan akan try utk copy. Mungkin sekarang kita tk sedar tapi berdasarkan kajian, dalam usia beberapa bulan aje baby kita dah tau dah kita punya rutin, kegemaran kita dan dia akan cenderung utk buat mende yg sama nanti.

7. Menjadikan anda perisai utama

Paling normal bila usia dia dah 6 bulan ke atas. pastuh ade pulak "Stranger anxiety" makanya maknya lah jadi perisai utama kene sembam muka yang tembam tu ke dada maknya. Itu maknanya dia mmg jadikan kita sebagai pelindung yang dipercayai

 Nota Buku Lali : So, kesimpulannya baby pun pandai nak tunjuk kasih sayang dan diorang pun nak dihargai. Jadi sama-samalah kita pay attention pada keperluan diorang dan balas semua kasih sayang tu.

Waallahualam...

2 comments:

Terima kasih kerana sudi komen di ruangan ini....