Friday 8 April 2016

ASSAM 87 : Kembali Aktif Selepas 4 Bulan Menyepikan Diri




Assalammualaikum semua...
Rindu sungguh ASSAM nak kembali aktif di dunia blogger
Dah bersawang dah blog ASSAM ni...
Pejam celik dah 4 bulan tak 'update' apa-apa pun...
Rindu sungguh nak terjah blog rakan-rakan blogger..
Nak join Segmen & GA kalian...
Harap-harap semua masih ingat lagi kat ASSAM dan masih boleh memberi sokongan pada ASSAM sepertimana sebelum ini...
Huhuhuhuhu....

4 bulan adalah satu jangka masa yang amat padat bagi ASSAM...
Pelbagai kenangan suka dan duka yang ASSAM tempuhi dalam tempoh tersebut....

ASSAM terlalu sibuk dengan tempat kerja baru dan kerjaya yang membina pengetahuan ASSAM...
Banyak benda baru yang ASSAM kena belajar...dah macam sekolah plak...
Nak kena perah otak...nak kena baca buku balik....
 Semua itu merupakan cabaran baru bagi ASSAM pada penghujung tahun lepas seterusnya membawa ke tahun ini dan akan datang...

Dalam tempoh 4 bulan tersebut telah banyak memberi kesan positif dalam mendidik diri ASSAM antaranya belajar untuk berusaha...sabar dan yang paling penting jangan cepat putus asa...
Selain daripada memberi kesan dalaman....kesan luaran juga banyak perubahan...
Antaranya berat badan ASSAM telah turun sebanyak 10kg dalam masa 4 bulan....
dan kulit ASSAM sudah semakin cerah berbanding dulu....
Hehehehe....

Alhamdulilah....Terima kasih Ya ALLAH...


Nota Buku Lali :
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan
( Surah Al Insyirah ayat 5-6)






2 comments:

Terima kasih kerana sudi komen di ruangan ini....